JAILAM GHASSANI
ALTER EGO ABDUL RAHIM







ALTER EGO || ABDUL RAHIM
Dashboard | +Follow

Welcome!


Welcome to my blog . I'm so glad you stopped by .

Entries About Affiliates Dream

Social Media

Tagboard!



Shoutbox!



Credits!

PAUSE HERE
Header By : ~*Mary*~
Edited By: ~*JailamGhassani*~
Others:   


APPRECIATION POST!

Assalamualaikum w.b.t semua!

Alhamdullilah masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada hari ni. Terima kasih ya Allah :))

Aku sebenarnya happy betul hari ni hahahahaha. Bukan apa, benda macam ni jarang betul berlaku hihi. 

Pagi ni walid & bonda datang office hantar kita bekpes hari ni. wuu ~ 





Act taklah pelik cuma entahlah hahahahahahahaha. Tengok muka dorang hari ni happy so aku lagi lah bertambah happy! Hari ni walid cuti nak berehat agaknya. Yela mana taknya asyik bekerja jee haa. Sampai bonda pun bising dah tua tua ni banyak banyak la berehat hahahahaha asyik kerja je mana tak penat hehe. So cuti la walid hari ni hahahahahahahahahaha! Tak tengok anaknya lagi, walid & anak dia sama je. Kerja non stop takde masa dengan family. Selalu jugaklah kena marah dgn bonda. Apa boleh buat kan. Tapi takpe. Nanti along plan untuk bervacay lepasni yee. Kita pergi satu keluarga haa. Kalau shopping kena bawak dua kereta kahkahkah! Anak anak walid bonda ni memang suka shopping. Hahahahahahah :3

Okay. Marilah kita masuk topik yang utama iaitu APPRECIATION POST! 

Appreciation post ni aku tujukan kepada followers2 aku dekat twitter, blog, fb dan sebagainya. Salah satunya aku ada terbaca tweet dari hamba hamba Allah ni ada yang sampai menangis baca blog aku. Pheww cuma tak sangka cara penulisan aku tu boleh buat orang menangis hm. Itupun nasib baik aku baca tweet tu hahahahahahaha :p Ada yang bagi kata kata semangat, ada yang marah, ada jugak yang bagi idea hahahahahahahahahaha! Rasa bahagia sangat sebab ada jugak orang yang ambil berat. Perasaan tu Allah je yang tahu. So dengan ini aku letak lagu Aku Pasti Kembali as lagu pertama sebab ada hamba Allah ni yang bagi kat aku suruh dengar. So aku letak terus kat blog hihi as appreciate aku haaa :D

Act ada banyak tapi nak huraikan semua memang ambil masa lah hahahahahaha. Alhamdullilah, aku bersyukur sangat & berterima kasih kat semua yang banyak memberikan kata kata semangat, yang mendoakan aku dari jauh, semuanyalah. Hanya Allah je yang dapat membalas jasa baik kalian :') In shaa Allah aku mendoakan kalian agar kehidupan korang berjalan dengan lancar & dimurahkan rezeki aminn :))

Semua kata kata aku di blog, semuanya ikhlas dari hati aku yang kecil ni *sebab aku kurus so kecil lah kahkah! Aku kuat pun sebab family aku, kawan kawan aku yang banyak beri support kat aku. Pheww, aku rasa sangat beruntung. Betul! Sangat sangat beruntung. Sampaikan tak boleh diluahkan melalui kata kata. Aku harap dengan post ni aku dapat sampaikan kat korang and then dapat paham apa yang aku nak sampaikan ni kahkahkah. 

Alhamdullilah, Aku berterima kasih lagi sekali lagi kat korang semua. Selalu selalu lah jenguk kat blog aku yang biasa biasa ni hehe. Nak bertegur pun boleh takde masalah. So steady!

Oh yee, aku ni act jarang nau pakai kemeja pergi office. Hari ni teringin pulak nak berkemeja hahahahahaha. Staf office ni semua pelik je kenapa berkemeja je ni? Nak date lettew kata depa hahahahahahaha. Aku happy hari ni so aku pakai jela hahahahaha. Lagipun esok start cuti dah yeay! Berjimba la kita ngeh :3

Untuk mengakhiri post kali ni, biarlah aku bagitahu satu rahsia sikit. In shaa Allah lagu solo aku yang kedua telah pun siap yeay! Lagu ni bukan lagu sedih but lagu ni catchy sikit ala ala mark adam tu hahahahahaha. Sekarang ni tengah repair lagi melodi dia. Nanti dah siap aku akan post beserta liriknya sekali. Jangan lupa follow aku di youtube Jailam Ghassani. 

"Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!"

Until then!



Skin test!

Assalamualaikum w.b.t !

Alhamdullilah kita masih diberi peluang olehNya untuk merasai nikmat bernafas didunia ini Allahu :)

Okay, sepatutnya aku nak update blog ni semalam tapi busy nokhareee hahahaha! Ni pun curi masa kahkah. Alah bukan mende apa pun nak hupdateee cuma nak test skin blog yang aku pakai ni hahahahaha!

Aku tahu korang mesti nak ngata aku kan? hahahahahahaha. Macam blog perempuan je kan kan kan? ahhhhhhhh! Persetankan semuanya itu! wey cumil kot? kahkahkah. Biar ahhh aku nak buat blog aku cecumil cemni haaa pukul kang haaa! 

Ye ahhh cursor mouse pun pakai tema doraemon! Weyy cumil kot doraemon. Sape cakap tak cumil cubit korang semua haaa nak nak? ngeh. Takpe, kali ni aku nak pakai tema kaler biru sebab obviously aku memang minat kaler biru af. Ohh pelishhh k, even blog macam childish but aku macho okayyyyy *haktuihhh bhahahahahahahaha! 


Act takde banyak benda nak cite pun. Sebab aku dah dapat rasa yang aku dah semakin BUSY! OMG! Really? Of course ahhh hahahahahaha *cakap dengan diri sendiri. 

Next update nanti aku akan ceritakan kenapa aku terlalu busy mengalahkan CEO uruskan syarikat hahahahaha. Sebab benda ni kena rahsia dulu. Kang bagitahu sia sia je tak jadi huahuahuahua. 

Okay gaiss. Aku dah kena chow ni. Banyak kerja kena setel. Okay byebye awaa awaa :*


Tawar hati is the worst. It makes you feel nothing neither sad nor disappointed, not even angry. You're just tired you don't feel anything

Until then :)






Memaafkan & dimaafkan :))

Assalamualaikum semua !

Yeay. Finally, bersua kita lagi pada entry kali ini. Untuk tajuk hari ni masih lagi fefeling sedih kahkahkah !
Bukan apa, biasalah ujian dan ujian lagi datang kat kita kan hahaha belum sempat setel satu then satu lagi ujian yang datang haa cemtu.

Alhamdullilah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada pagi ini. Itupun kira rezeki yang Allah bagi dekat kita tau haa. So apa je yang kita nak sembang kat sini? hihi. sabar jap nak ambil mood hm.

Bismillah.

Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana, dari awal ke dari akhir story ke pheww. Kalau cerita dari awal kang teringat susah jugak kan? haha. Kalau cerita ending dia kang jadi sedih pun susah jugak kan? hahahahahahahahahahaha ! Alhamdullilah, sekarang masih diperingkat moveon. Tapi ada juga yang berpesan, mula mula tu memang la susah nak lupakan, nanti lama lama mesti dapat lupa. Act nak moveon ni perkara yang susah bagi semua orang. Banyak benda yang kau kena buat untuk kau lupakan orang yang kau bebetul sayang. Maksudnya, kau kena bersedia ditahap mental & fizikal beb ! Sebab benda ni bukan kau kena lupakan apa yang kau rasa, bahkan kau kena kuat hapuskan segala perasaan tu sampai hati kau jadi kering. Tapi itu tak bermakna kau akan dapat lupakan semua, ianya kenangan. Kenangan tu orang kata memang tak akan dapat lupa sampai bila bila.

Iya lah. Macam macam cara kau kena buat & usaha nak setelkan apa yg terbuku dalam hati kau.  Untuk orang yang mudah mendapat pengganti ni tak tahu lah nak cakap apa. Macam aku, aku kena sembuhkan semua penyakit yang ada. Apa maksud penyakit yang aku cakapkan ni? Apabila kau sebelum tidur mengingati dia, semasa tidur kau mimpi mengenai dia, apabila bangun tidur orang pertama yang kau ingat adalah dia. 24h always dia. So dengan itu, bertabahlah dengan situasi tersebut. 

Aku percaya bahawa jodoh & maut itu adalah rahsia Allah. Kita sebagai manusia kena percaya. Pada aku, takde istilah kita menjaga jodoh orang lain. Dia datang mungkin ada 2 sebab. Samada dia datang untuk mengubah kita atau kita datang untuk mengubah dia. Alhamdullilah, setakat ni aku cuba untuk berpikiran positif. Act aku takdelah asyik nak pikir pasal jodoh ke apa sebab bak kata bonda"alaa muda lagi, takpe banyak masa lagi hahahahahahahahaha". Mungkin aku diberi peluang untuk menjaga keluarga aku lebih lama lagi. 

Aku bersyukur jugak mempunyai kawan kawan yang sentiasa support aku. Ada yang sanggup datang dari jauh semata mata nak redakan aku. Baru baru ni depa sanggup keluar 2 hari berturut turut sebab nak pujuk aku kahkahkahkah. Sabtu lepas aku ke KL lepastu hari ahad tu pulak depa yang mai kesini hahahahaha. Nasib baik la korang cuti sem 2 bulan hahahahahahahahahahahahaha. Kepada kila, lily & aai, thanks! Hasnul dengan seri pun jauh dengan kita hukhuk. Takpe, aku tunggu korang hujung tahun ni hihi. Nasihat nasihat korang tu in shaa Allah aku akan cuba hadamkan kahkahkah !

Alhamdullilah aku dikelilingi dengan orang yang bersikap positif. Dengan parent memberi dorongan, kawan kawan, aku bersyukur dan sangat berterima kasih dengan dorang ni semua. Ya Allah, tanpa mereka macam mana lah aku nanti. Aku kuat kerana mereka. Janganlah Engkau jauhkan mereka pula dengan aku. Aku sungguh tak kuat tanpa mereka. Kerana aku tak mempunyai ramai teman yang akrab seperti mereka. 

Untuk plan yang seterusnya, sebelum ni bonda ada calon calon untuk aku, then aku cakap kat bonda aku, buat sementara waktu ni bagilah aku menikmati kehidupan aku. Aku nak membahagiakan bonda dengan walid serta adik adik aku, memenuhi cita cita aku, kumpul harta hahahahaha harta pun penting jugak. Tak lupa jugak vacay bersama teman temanku ecececece hahahahaha. Bulan 8 ni in shaa Allah akan bervacay di melaka. Melaka, tunggu aku disana ! kahkahkahkah.

Pasal jodoh tu, nanti nantilah hahaha. Bagi peluang dekat dorang ni dulu haa cemtu. Takkan sebab sedih ditinggalkan nak terus kawin dengan orang hahaha sudah semestinya tak. Dengan masa yang ada ni jika panjang umur, banyak benda aku nak perbaiki jika diberi peluang merasai rasa cinta tu lagi. Alhamdullilah, sepanjang hari hari yang dh aku lalui ni, sikit sikit aku ubah mana yang buruk tu. Tak terlalu cepat melatah dengan keadaan sekarang ni. Hm tu kira positif jugak kan ? yeay ! Sekarang ni apa yang perlu aku buat adalah cuba lalui hari hari dengan keadaan yang macam ni. 

Masa. Masa tu adalah kunci. Kunci kepada apa? Kunci untuk melupakan saat duka yang berlaku pada diri kita. Apa yang kita perlu adalah sabar. Sabarkan separuh daripada iman kan ? hiks. Semoga Allah memberi petunjuk kepada aku in shaa Allah :)

Aku tak pasti samada kau bukak lagi tak blog, tapi kalau kau baca untuk entry ni, Alhamdullilah aku dah maafkan semua pasal kau. Aku maafkan semua keputusan yang dah dibuat oleh abah. Aku maafkan semuanya :). Aku harap kau berbahagia dengan insan yang kau pilih nanti. Takde sebesar zarah pun dan tak terlintas pada fikiran aku pun yang aku benci dekat kau. Sifat benci ni adalah sifat sementara dan aku mudah memaafkan orang. Dan maafkanlah aku jika ada sebarang kesalahan yang aku lakukan atau aku ada menyusahkan kau sepanjang perkenalan kita. 

Jika ada jodoh, in shaa Allah kita akan dipertemukan semula. Jika tidak bertemu di alam nyata ini, in shaa Allah di jannahNya nanti :)). Semoga berbahagia in shaa Allah.

P/s : Jangan lah risau pasal aku, semua ni take time. Lama lama nanti okaylah hihi. Oh yee, kalau setakat nak bermesej mesej tanya khabar boleh je kahkah. Nanti jadi awkward pulak nanti susah pulak hihi. 

Okay gais. Until next time :))


"Lepaskan dan ikhlaskan,
Percaya saja dengan takdir Allah.

Kalau dia cinta sejati kita,
Pasti Allah akan satukan dengan cara mengagumkan dan tidak kita sangka.

Jodoh itu bukan sedekat apa hubunganmu dengan orang tuanya. Tapi seberapa yakinnya kau dengan Allah.

Perbaikilah dirimu kerana Allah.
Bukan memperbaiki diri kerana jodoh.

Ikhlaskan dirimu kepada Allah untuk lebih dekat dan taat pada syariat-Nya.

Jodoh itu,
Sekuat apapun kau mengikhlaskan dia pergi. Maka jika jodoh tentu Allah akan satukan dengan cara-Nya.

Jodoh itu bukan sekuat apapun kau memegangnya erat agar tak berpaling kepada orang lain. Kerana, jika bukan jodoh tetap takkan pernah bersatu.

Jodoh itu meski kita terpisah antara jarak dan waktu pasti nantinya akan bertemu
juga dalam mahligai pernikahan jika benar ia milik bersama.

Jodoh itu,
Meski sejauh apapun kaki melangkah menghindar dari orang yang kita cinta. Jika memang jodoh, tentu Allah akan pertemukan kembali dalam bingkai pernikahan.

Jika seseorang telah ditakdirkan untuk
kita, maka Allah akan menjaga hati kita
dan hatinya sampai saat masa indah itu
tiba untuk bersatu.

Jika kau memperbaiki dirimu maka kelak kau akan disandingkan dengan orang yang sama-sama berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Jodoh, bukan siapa cepat dia dapat.
Melainkan memantaskan diri dalam taat hingga datang jodoh yang tepat.

Menunggu paling elegan adalah mengisi masa penantian dengan memperbaiki diri.

Biarkan orang berkata apa pun tentang kita.
Penilaian mereka itu tak penting.
Hanya penilaian indah dihadapan Allah melebihi segalanya.

Percayalah sebuah cinta jika sudah terbukti nyata dengan akad yang sah." 



Hanya disana kekal dan abadi .

Assalamualaikum . Hai semua !

Apa khabar semua ? harap baik baik je ea :D

Untuk luahan pagi yg mulia ini kahkahkah , kita mulakan dengan apa ?! haa mulakan dengan apa ? mesti tak tahu kan ? Mestila dimulai dengan bismillah kahkah *lawak hambar .

okay . Bismillah . 

Cukup 5 hari tak jamah nasi . Cukup 5 hari tidur aku tak nyenyak . Cukup 5 hari hati aku rasa tak tenang . Cukup 5 hari jiwa aku terseksa . Cukup 5 hari aku tidur dengan bonda kahkah ! Bagi aku tahun ni lah tahun yang paling aku rasa aku tak ada daya langsung nak harungi . Sebab apa ?

Aku terlalu sangat mencintai kau . Mana mungkin aku dapat moveon macam tu je . Aku memang tak sanggup kehilangan kau . Kau adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku . Bangun tidur aku ingatkan kau , before kerja aku tatap gambar kau untuk bagi aku semangat , sebelum tidur aku tatap gambar kau lagi then tgk chat kita yang lama lama . Ya Allah seriously aku rindu saat saat tu . 

Nak tahu tak ? Aku dah impikan yang kau dapat hidup bersama aku . Banyak benda yang aku nak sangat buat kat kau . Macam bahagiakan kau , beri kau kata semangat ketika kau ada masalah , buat kau gelak tiap tiap hari , nyanyi untuk kau setiap malam sebelum tidur . Tapi sekarang ?

Tak mungkin benda tu akan jadi lagi kan ? Mungkin aku terlalu mengharap untuk orang yang aku sayang . Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa sekarang ni . Aku banyak berubah disebabkan kau . Tanpa kau , macam mana aku nanti ? Kau akan bahagia dengan bakal kau nanti , tapi aku ? Hati aku kecewa sangat . Saat kau bersama dengan dia nanti , aku tak pasti apa akan jadi dengan aku nanti . Bagi aku tersangatlah susah nak hadapi benda ni sorang sorang .

Aku nak sangat bimbing kau kearah yang lebih lagi . Sebab aku dah dapat rasa tanggungjawab tu . Aku nak sangat bahagiakan kau . Sebab aku dah dapat rasa tanggungjawab tu . Aku nak sangat jaga kau seumur hidup aku . Sebab aku dah dapat rasa tanggungjawab tu . Kalau kau pergi , macam mana aku nak jalankan tanggungjawab tu ? 

Aku selalu berharap abah memberi peluang kedua buat aku . Aku akan perbaiki semua kesalahan aku . Aku tak kisahkan diri aku . Aku lagi pentingkan kau dengan family kau *tapi janganlah risau family aku pun penting juga kahkahkah ! 

Buat pertama kalinya aku menangis ketika lepas solat semalam . Biasa nangis time nak tidur kahkah ! Sebab mungkin masa tu aku dah berserah sangat kepada Allah . Time tu aku rasa lega sikit sebab apa yang aku nak luahkan aku dah luahkan kat Allah . Tapi aku perasan family aku tahu pasal semalam . Depa bagi aku peluang untuk bersendirian . Then aku mengaji lah sekejap sebab nak tambah lagi tenang hehe . Semalam emosi aku memang tak boleh kawal . Sakit hanya Allah je yang tahu .

Susah bagi kami seorang lelaki nak expresskan apa yang dia rasa . Mungkin dengan perbuatan lagi dapat kami sampaikan . 

In shaa Allah kalau aku dapat diberi peluang yang kedua , aku takkan sia sia kan kau . Aku akan cuba perbaiki apa yang tak betul dalam diri aku . Aku taknak kecewa kan mak dengan abah lagi . Aku berharap sangat dapat peluang ni lagi . 

Kepada abah , maafkan saya lagi sekali yee . Terima kasih memberi peluang dekat saya mengenali anak pakcik yang sangat baik ni . Anak pakcik yang manja ni hahahaaha dialah penyeri kehidupan kita kan pakcik ? Pakcik beruntung dapat seorang anak yang baik , sangat memahami orangnya , dengar cakap mak abah , Allahu . Beruntung sangat . Maafkan saya pakcik . Maafkan saya .

Kepada mak , kita takde peluang nak bercakap dalam tepon ke , nak contact pun takde nombor tepon acane tuh ? hahahahahahahaha . Terima kasih ye makcik sebab sebab beri peluang dekat saya mengenali anak makcik . Saya happy sangat sebab dapat rasa makcik dengan pakcik terlalu sukakan saya sebelum ni . Saya kecewa sebab dah musnahkan perasaan tu . Terima kasih makcik dan maafkan saya jugak .

Awak , Saya sedih sangat wak . Saya tak mampu nak tanggung semua ni . Hati saya kecewa sangat . Sejak 5 hari ni saya mimpikan awak je . Mungkin tu satu petunjuk buat saya utk awak . Tapi petunjuk buat awak kita tak tahu lagi kan ? Saya tak larat dah awak nak nangis macam ni lagi . Ni baru 5 hari wak . Kalau dah setahun dua macam mana ? Susah bagi saya nak moveon kalau kita dah betul betul sayangkan seseorang tu . Susah . Sangat susah . 

Andai kata kita memang tak ditakdirkan , saya relakan awak pergi . Saya nak mintak maaf selama perkenalan kita ni saya banyak menyusahkan awak ke , buat awak terasa hati , buat awak nangis . Terima kasih sebab sudi singgah dalam kehidupan saya . Saya percaya Allah hadirkan awak dalam hidup saya mesti ada sebab . Semoga awak berbahagia dengan pilihan abah . Saya always doakan yang terbaik untuk awak in shaa Allah .

Andai kata kita ni ada jodoh , mari kita bersama sama berubah kearah yang lebih baik lagi . Saya takkan sia sia kan awak . Saya akan berusaha bahagiakan awak . Apa yang awak nak , in shaa Allah saya akan cuba berusaha dapatkan . Awak terlalu baik untuk saya . Saya bersyukur sangat dapat mengenali awak . Terima kasih awak .

Even saya tahu benda tu takkan terjadi , tapi saya masih berharap perkara tu akan jadi lagi . Cincin tu hati saya kuat mengatakan ianya memang milik awak . Memang milik awak . Kalau ada rezeki lagi , ada jodoh , cincin tu dah sememangnya milik awak .

Ingat pesanan saya . Jaga diri baik baik . Jaga pemakaian awak . Jaga makan minum , Jangan asyik nak menangis je haha . Kuatkan sikit emosi tu . Jaga diri kalau nak pergi mana mana . Bawak kawan sekali okay ? Semoga berbahagia dengan pilihan abah mak .

"Melepaskanmu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini . Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati . Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu" . 


Terima kasih awak . Terima kasihh :))


"Setiap permasalahan kita boleh bawak berbincang" .

"Kalau betul betul awak sayangkan saya , awak akan pertahankan hubungan kita ni" .





Until then :))

Hati batu

Assalamualaikum w.b.t :)
yeay apa khabar semua ? sebelum aku mula menaip ni terus terang mood aku sekarang ni tak menentu . So aku tulis apa yang aku rasa je sekarang ni hehe .


Act aku sendiri tak tahu apa yg aku rasa sekarang ni . Masalah aku ni 1 je aku ni jenis overthinking cuma aku tak tunjuk je . Tahap overthinking tu sampai kau rasa nak pengsan then koma selamanya kahkah *over nau . 


Korang pernah rasa kehilangan ? Perit bukan ? Aku rasa korang semua pernah merasai benda benda mcm ni . Siapa yang tak takut kan ? Saat kau hilang sesuatu atau seseorang yang kau sayang , phew nak luah tu pun tak tahu mcm mana . Paling perit bila kau akan tahu yang kau MUNGKIN akan kehilangan dia . Beb , siapa yang tak sayang seseorang tu kan ? Gila sayang beb ! 


Sayang tu tahap sayang immortal lah infinity katako hahahahahahaha ! Aku tak boleh bayangkan saat kau kehilangan seseorang tu . Kalau aku mungkin tak boleh nak pikir apa dah . Kalau merayu mungkin sanggup hahahahahahahahaha ! Bukan apa , saat tu kau dah boleh yakin yang dia tu adalah jodoh kau . Bila yakin , kau mesti bertambah sayang dengan dia . Then bila anasir anasir jahat selubung perasaan hati kau then jadi crack , saat tu la kau akan pikir bebukan .


Jenis aku pulak jenis overthinking hahaha . Nampak je chill lek lek je muka an , tapi dalam hati tu rasa guruh ada , kilat , hujan lebat taufan apa semua lah kahkah ! Sebab aku jenis kurang nak luahkan sesuatu so aku biasa lakukan dalam bentuk perbuatan . Mungkin aku akan cakap "okay awak tidurlah dulu k goodnight bla bla" tapi masa tu la aku akan tgk chat lama lama , tgk media sosial dia then senyum sorang sorang . Sebab benda ni aku takkan tunjuk hahahaha . Aku suka flashback balik time first kenal then ayat ayat manis dulu dgn pickupline semua hahahahaha ! Saat tu kau akan rindu semuanya . 


Tapi aku percaya , bukan senang kita nak kukuhkan hubungan tu , macam macam onak duri kan ? So bila jadi macam ni aku cuba utk jadi tenang , dan tak pikir bukan bukan . Yela kan ? sebab dah sayang an , so tahap tu sampai tahap kau sanggup lakukan apa saja demi dia . Selama mana aku kenal dia apa semua , sejak tu aku mula berusaha ubah sikap aku , bekerja keras cari duit hahahaha sebelum ni mana pernah kerja hari ahad semua tapi nak kawin punya pasal hihi seminggu direct aku kerja . Then bukan setakat bisnes IT yang aku buat tu , bisnes lain pun aku buat jugak mcm sekarang ni aku dah jadi wedding planner ! hahahahahahaha . Dulu pikir nak enjoy je kan , sekarang ni bila tanggungjawab kau dah besar , makin tu lah cabaran dia makin besar . Tapi aku tak pernah lupakan parent aku . Untuk semua demi mereka jugak aku buat macam macam . Keluarga aku , keluarga dia , mereka lah nyawa aku sekarang . 


Baru aku tahu macam ni lah rasanya bila kita sayang seseorang tu . Sayang dia lain macam hehe . Aku harap aku kuat untuk buat semua ni . Aku harap aku mampu menempuh segala cabarang yg Allah beri dekat aku , semoga iman aku kuat in shaa Allah !


Awak , kalau awak baca post ni , maaf sebab saya kurang luahkan apa yg saya rasa . Sebab saya tak nak menyusahkan awak . Awak fokus study awak dulu yee . Saya sentiasa berada di belakang awak , support awak ketika awak susah . Saya akan cuba lakukan yg terbaik utk menjaga hubungan kita . In shaa Allah saya takkan hampakan awak , parent kita . Saya harap awak terima saya seadanya , menerima segala kekurangan saya . Takde awak , saya tak tahu jadi apa dekat saya hahahaha . Awak , keluarga awak , keluarga saya adalah nyawa saya . Awak tak pernah susahkan saya . Saya akan jadi yg terbaik utk awak in shaa Allah ! Saya sayang awak :)


Jap . First time aku tulis mcm ni kahkahkah ! tapi takpela . Aku rasa lega sikit dapat luahkan apa yg aku rasa . Terima kasih atas segalanya .


Until then ! :)

 

Tak lupa juga , Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam diseluruh dunia ! :D
 

Jom kerja !

Assalamualaikum w.b.t !
Sudah lama kita tak bersua disini hehe . Lagipun dah lama tak update kan so time keje ni la takde keje so kita update la kejap hihi.

paham tak ayat diatas tu ? kahkah . Okay first of all tahun ni dah masuk tahun 2016 . 2016 weyyy hahahahahahahahahahaha . Next month dah start puasa . Seriously masa memang cepat berjalan . Sedar tak sedar umur pun makin meningkat , banyak benda yg nak dikejarkan . So itu takpelah . Kita ni manusia bukannya robot kan so buatlah mana yang mampu hehe .

Okay . Pasal kerja ? Setakat ni Alhamdullilah . Tapi biasa lah kerja mestilah ada stress haha . Aku ni kerja je as programmer tapi aku lah technical support , aku lah programmer , aku lah graphic designer , aku lah bla bla bla . Ni lah akibatnya bila kau tahu semua benda hahahahahahaha . Cuma aku tak puas hati pasal gaji . GAJI BEB GAJI . So dengan itu aku mula berfikiran dengan tenang dan tak gelabah , so dengan itu aku buat apa yang ditulis dekat "confirmation letter" pasal skop kerja . Lebih dari tu maaf "bos buat sendiri" *dalam hati kata kat bos kahkah . So adillah kan ? Baru setaraf dengan gaji yang kita buat . Sejak tu bos kurang dah suruh aku buat itu ini . So aku just aman dengan kerja aku sendiri . Dulu selalu pikir semua ni sekarang hahahaha sorry to say lah aku tak kisah pasal company yang aku kerja ni . Kalau korang nak cari kerja , ingat pesan aku . Kalau gaji kita sikit tapi you have a good working enviroment , ada bos yang baik hati & tak berkira , kerja je situ . If gaji kau besar tapi bos perangai macam nokhareee , jangan mimpilah nak stay lama . Korang cari kerja lain yang korang minat . Cari pekerjaan yang boleh jadikan kau knowledge lagi tinggi , 100% yang kau boleh naik pangkat . Tapi tu semua kena ada usaha . So korang usaha la sebaik mungkin . Jangan jadi macam aku hahaha sebab kesian kan bos thats why aku bertahan lama . Tapi kalau dapat job lagi better mmg aku dah blah dah hahahaha . 

Okay stop pasal kerja . Nanti kang baran mai tetibe hehe . Sekarang nak cite pasal apa pulak ? Oh yee baru baru ni aku baru je beli iphongggg kahkahkah ! Kalau korang baca entri aku yang lepas lepas mesti tahu iphone apa yang aku beli haha . Target salah satu tapi last last dua dua aku beli hahahahahahahahaha . Aku jenis apa yang aku nak memang aku usaha sungguh sungguh . Last last terbeli dua dua hehe . Aku rasa next target mungkin iphone SE . Kenapa saiz kecik ? sebab aku suka lah hahaha . Lagi satu senang nak pegang . 1 tangan je kan so kalau besar besar kena pegang dua tangan so taknak ! haha . Lagi 1 harga pun aku rasa takde masalah sebab taklah terlalu mahal berbanding dengan iphone2 yang lain hehe . Dengar cite iphone7 mungkin bakal dikeluarkan pada bulan sep entah betul ke tak . So aku pikir mengenai harga taubat leeee hahahahahaah harga mungkin around 4K + gst hehe . Baru baru ni pun aku angkat laptop lagi hahahahahaha ! tahun ni belanja agak banyak sikit *padahal banyak hahahahahahahahahaha ! Tapi tu 1 keperluan kan so takpelah hehe . Gambar nantilah next entri tu pun kalau rajin wakakakakaka .

Hmmmm pasal Zaujah ? hahahahahahahahahahahahaha . Mana boleh bagitahu . Rahsia kehkeh . Nanti dah konfemm baru bagitahu kehkeh .




Okay bye !


Sayang ayah , sayang ibu , sayang adik adik , sayang abah , sayang mak , sayang abang abang , sayang awakk jugak !










Tarak kerja inilah kerja yang hadooo

Assalamualaikum guys ! 
sambil buat keje sambil hupdatee blog katako haaaa kau hadoo ? haha . first thing first , apa khabar semua ? hope semua sihat sihat belaka:)

okayyy . first idea nak menulis ni banyak tapi tatao nak luahkan mcm mana sebab banyakk sangatt tao . so update sesikit laa yokkkk !

First mengenai IMPIAN . act aku mmg banyak gilaaa impian yg nak dikejar tapi buat masa sekarang ni bonda aku pesan buat satu satu . Sekarang ni gua nak memacam . nak upgrade bilik , sekarang ni pun tgh survey kereta idaman . tapi bonda aku pesan lagi beli kete biasa dulu nanti ada rezeki lebih beli laa apa yg along nak . hm betul jugak kan ? alaa tengoklah mcm mana nanti hehe . yelaa boleh jimat kan boleh guna kat lain pulak hee . cite pasal IMPIAN ni ada sambungan dia sebab panjang nak story ngeh .

Second , pejam celik pejam tak bape nak pejam *engko paham ? haaa bufday aku minggu depan . cepat betul masa berlalu HAHA . tak sangka semakin meningkat dewasa tapi perangai macam hantu tarak kepala ngeh ngeh . Umur officially 21 waoo ! masih remaja kan haaa engkorang jgn nak manggil aku org tua laa apelaaa kang kena pang satg apa pon tarak dapat haa HAHA . bonda aku tanya , nak kek tak ? so aku jawab tayah lah sebab dah besarkan buat apa nak kek kek nih haa . nak cakap pasal wish untuk bufday aku untuk tahun nih hmm adalahhh tak boleh bagitahu BHAHAHAHA ! so tunggu la time bufday aku mcm mana nanti :))



This is my latest photo . haha baru je pegi saloon hari tuh so ni hasilnya haha . konon style korea haa buat jelaa tgk okay ke tak okay . so apa pendapat uolss ? okay ke style cenggini ? hihi :3



until then :))


















window.setTimeout(function() { document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10);
Copyright Reserved by jailamghassani93.blogspot.com