JAILAM GHASSANI
ALTER EGO ABDUL RAHIM







ALTER EGO || ABDUL RAHIM
Dashboard | +Follow

Welcome!


Welcome to my blog . I'm so glad you stopped by .

Entries About Affiliates Dream

Social Media

Tagboard!



Shoutbox!



Credits!

PAUSE HERE
Header By : ~*Mary*~
Edited By: ~*JailamGhassani*~
Others:   


Memaafkan & dimaafkan :))

Assalamualaikum semua !

Yeay. Finally, bersua kita lagi pada entry kali ini. Untuk tajuk hari ni masih lagi fefeling sedih kahkahkah !
Bukan apa, biasalah ujian dan ujian lagi datang kat kita kan hahaha belum sempat setel satu then satu lagi ujian yang datang haa cemtu.

Alhamdullilah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada pagi ini. Itupun kira rezeki yang Allah bagi dekat kita tau haa. So apa je yang kita nak sembang kat sini? hihi. sabar jap nak ambil mood hm.

Bismillah.

Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana, dari awal ke dari akhir story ke pheww. Kalau cerita dari awal kang teringat susah jugak kan? haha. Kalau cerita ending dia kang jadi sedih pun susah jugak kan? hahahahahahahahahahaha ! Alhamdullilah, sekarang masih diperingkat moveon. Tapi ada juga yang berpesan, mula mula tu memang la susah nak lupakan, nanti lama lama mesti dapat lupa. Act nak moveon ni perkara yang susah bagi semua orang. Banyak benda yang kau kena buat untuk kau lupakan orang yang kau bebetul sayang. Maksudnya, kau kena bersedia ditahap mental & fizikal beb ! Sebab benda ni bukan kau kena lupakan apa yang kau rasa, bahkan kau kena kuat hapuskan segala perasaan tu sampai hati kau jadi kering. Tapi itu tak bermakna kau akan dapat lupakan semua, ianya kenangan. Kenangan tu orang kata memang tak akan dapat lupa sampai bila bila.

Iya lah. Macam macam cara kau kena buat & usaha nak setelkan apa yg terbuku dalam hati kau.  Untuk orang yang mudah mendapat pengganti ni tak tahu lah nak cakap apa. Macam aku, aku kena sembuhkan semua penyakit yang ada. Apa maksud penyakit yang aku cakapkan ni? Apabila kau sebelum tidur mengingati dia, semasa tidur kau mimpi mengenai dia, apabila bangun tidur orang pertama yang kau ingat adalah dia. 24h always dia. So dengan itu, bertabahlah dengan situasi tersebut. 

Aku percaya bahawa jodoh & maut itu adalah rahsia Allah. Kita sebagai manusia kena percaya. Pada aku, takde istilah kita menjaga jodoh orang lain. Dia datang mungkin ada 2 sebab. Samada dia datang untuk mengubah kita atau kita datang untuk mengubah dia. Alhamdullilah, setakat ni aku cuba untuk berpikiran positif. Act aku takdelah asyik nak pikir pasal jodoh ke apa sebab bak kata bonda"alaa muda lagi, takpe banyak masa lagi hahahahahahahahaha". Mungkin aku diberi peluang untuk menjaga keluarga aku lebih lama lagi. 

Aku bersyukur jugak mempunyai kawan kawan yang sentiasa support aku. Ada yang sanggup datang dari jauh semata mata nak redakan aku. Baru baru ni depa sanggup keluar 2 hari berturut turut sebab nak pujuk aku kahkahkahkah. Sabtu lepas aku ke KL lepastu hari ahad tu pulak depa yang mai kesini hahahahaha. Nasib baik la korang cuti sem 2 bulan hahahahahahahahahahahahaha. Kepada kila, lily & aai, thanks! Hasnul dengan seri pun jauh dengan kita hukhuk. Takpe, aku tunggu korang hujung tahun ni hihi. Nasihat nasihat korang tu in shaa Allah aku akan cuba hadamkan kahkahkah !

Alhamdullilah aku dikelilingi dengan orang yang bersikap positif. Dengan parent memberi dorongan, kawan kawan, aku bersyukur dan sangat berterima kasih dengan dorang ni semua. Ya Allah, tanpa mereka macam mana lah aku nanti. Aku kuat kerana mereka. Janganlah Engkau jauhkan mereka pula dengan aku. Aku sungguh tak kuat tanpa mereka. Kerana aku tak mempunyai ramai teman yang akrab seperti mereka. 

Untuk plan yang seterusnya, sebelum ni bonda ada calon calon untuk aku, then aku cakap kat bonda aku, buat sementara waktu ni bagilah aku menikmati kehidupan aku. Aku nak membahagiakan bonda dengan walid serta adik adik aku, memenuhi cita cita aku, kumpul harta hahahahaha harta pun penting jugak. Tak lupa jugak vacay bersama teman temanku ecececece hahahahaha. Bulan 8 ni in shaa Allah akan bervacay di melaka. Melaka, tunggu aku disana ! kahkahkahkah.

Pasal jodoh tu, nanti nantilah hahaha. Bagi peluang dekat dorang ni dulu haa cemtu. Takkan sebab sedih ditinggalkan nak terus kawin dengan orang hahaha sudah semestinya tak. Dengan masa yang ada ni jika panjang umur, banyak benda aku nak perbaiki jika diberi peluang merasai rasa cinta tu lagi. Alhamdullilah, sepanjang hari hari yang dh aku lalui ni, sikit sikit aku ubah mana yang buruk tu. Tak terlalu cepat melatah dengan keadaan sekarang ni. Hm tu kira positif jugak kan ? yeay ! Sekarang ni apa yang perlu aku buat adalah cuba lalui hari hari dengan keadaan yang macam ni. 

Masa. Masa tu adalah kunci. Kunci kepada apa? Kunci untuk melupakan saat duka yang berlaku pada diri kita. Apa yang kita perlu adalah sabar. Sabarkan separuh daripada iman kan ? hiks. Semoga Allah memberi petunjuk kepada aku in shaa Allah :)

Aku tak pasti samada kau bukak lagi tak blog, tapi kalau kau baca untuk entry ni, Alhamdullilah aku dah maafkan semua pasal kau. Aku maafkan semua keputusan yang dah dibuat oleh abah. Aku maafkan semuanya :). Aku harap kau berbahagia dengan insan yang kau pilih nanti. Takde sebesar zarah pun dan tak terlintas pada fikiran aku pun yang aku benci dekat kau. Sifat benci ni adalah sifat sementara dan aku mudah memaafkan orang. Dan maafkanlah aku jika ada sebarang kesalahan yang aku lakukan atau aku ada menyusahkan kau sepanjang perkenalan kita. 

Jika ada jodoh, in shaa Allah kita akan dipertemukan semula. Jika tidak bertemu di alam nyata ini, in shaa Allah di jannahNya nanti :)). Semoga berbahagia in shaa Allah.

P/s : Jangan lah risau pasal aku, semua ni take time. Lama lama nanti okaylah hihi. Oh yee, kalau setakat nak bermesej mesej tanya khabar boleh je kahkah. Nanti jadi awkward pulak nanti susah pulak hihi. 

Okay gais. Until next time :))


"Lepaskan dan ikhlaskan,
Percaya saja dengan takdir Allah.

Kalau dia cinta sejati kita,
Pasti Allah akan satukan dengan cara mengagumkan dan tidak kita sangka.

Jodoh itu bukan sedekat apa hubunganmu dengan orang tuanya. Tapi seberapa yakinnya kau dengan Allah.

Perbaikilah dirimu kerana Allah.
Bukan memperbaiki diri kerana jodoh.

Ikhlaskan dirimu kepada Allah untuk lebih dekat dan taat pada syariat-Nya.

Jodoh itu,
Sekuat apapun kau mengikhlaskan dia pergi. Maka jika jodoh tentu Allah akan satukan dengan cara-Nya.

Jodoh itu bukan sekuat apapun kau memegangnya erat agar tak berpaling kepada orang lain. Kerana, jika bukan jodoh tetap takkan pernah bersatu.

Jodoh itu meski kita terpisah antara jarak dan waktu pasti nantinya akan bertemu
juga dalam mahligai pernikahan jika benar ia milik bersama.

Jodoh itu,
Meski sejauh apapun kaki melangkah menghindar dari orang yang kita cinta. Jika memang jodoh, tentu Allah akan pertemukan kembali dalam bingkai pernikahan.

Jika seseorang telah ditakdirkan untuk
kita, maka Allah akan menjaga hati kita
dan hatinya sampai saat masa indah itu
tiba untuk bersatu.

Jika kau memperbaiki dirimu maka kelak kau akan disandingkan dengan orang yang sama-sama berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Jodoh, bukan siapa cepat dia dapat.
Melainkan memantaskan diri dalam taat hingga datang jodoh yang tepat.

Menunggu paling elegan adalah mengisi masa penantian dengan memperbaiki diri.

Biarkan orang berkata apa pun tentang kita.
Penilaian mereka itu tak penting.
Hanya penilaian indah dihadapan Allah melebihi segalanya.

Percayalah sebuah cinta jika sudah terbukti nyata dengan akad yang sah." 





window.setTimeout(function() { document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10);
Copyright Reserved by jailamghassani93.blogspot.com